Khamis, 6 Disember 2018 | 9:27pm
AHLI keluarga tidak menahan kesedihan selepas melihat mayat mendiang Hsien Loong tiba di rumah keluarganya di Taman Kimsar, Butterworth, Pulau Pinang. - NSTP/Mikail Ong

Mangsa letupan gas tiba di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Suasana hiba dan sayu menyelubungi kediaman keluarga mendiang Chin Hsien Loong, yang terkorban dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityONE Megamall, Kuching, Sarawak, kelmarin.

Mayat mendiang Hsien Loong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kira-kira jam 4.30 petang tadi, sebelum tiba di kediamannya pada jam 7.30 petang.

Keluarga mangsa bagaimanapun enggan ditemubual pemberita berikutan masih berduka terhadap tragedi yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.

Sumber keluarga mendiang memberitahu, mayat Hsien Loong akan disemadikan di Krematorium Berapit di Bukit Mertajam, pada pagi Sabtu ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Selasa lalu, Hsien Loong, 29, serta dua lagi mangsa Tchee Kiam Jong 24, dan O Kui Lim, 49, maut dalam letupan gas di CityONE Megamall.

Semua mangsa dipercayai terkorban akibat dihempap runtuhan susulan letupan gas di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan warga bandar raya terutama pada hujung minggu itu.

Difahamkan, mendiang Hsien Loong yang juga rakan kongsi perniagaan kepada pemilik premis terbabit, berada di Sarawak bagi meninjau kerja pengubahsuaian di restoran makanan Korea yang sepatutnya dibuka secara rasmi hari ini.

ANGGOTA forensik bomba memeriksa di lokasi nahas letupan gas di pusat beli-belah CityONE Megamall, Kuching. - Ihsan Bomba
ANGGOTA forensik bomba memeriksa di lokasi nahas letupan gas di pusat beli-belah CityONE Megamall, Kuching. - Ihsan Bomba

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X