Rabu, 5 Disember 2018 | 2:33pm

Polis belum terima laporan bedah siasat kali kedua CEO Cradle Fund

KUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima laporan bedah siasat kali kedua milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan.

“Kita tidak tahu bila laporan berkenaan siap.Tapi saya menjangkakan ia akan siap pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. Ketika itu, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.

Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.

Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk mereman isteri dan menahan dua anak tirinya.

Pada 8 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham digali semula agar bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baru mengenai kematiannya.

Jenazah Allahyarham Nazrin digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua di PPUM.

Jenazah kemudiannya dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara pada 15 Oktober lalu.

Bedah siasat kedua dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X