X
Selasa, 4 Disember 2018 | 7:09pm
Salah seorang mangsa yang cedera dibawa keluar oleh anggota bomba dan orang ramai selepas letupan kuat di pusat beli belah CityONE Megamall, di Jalan Song pada jam 3.30 petang tadi. Setakat 6 petang tadi tiga maut, 25 orang cedera manakala tujuh kritikal. - Foto BERNAMA

'Tidak ubah seperti zon perang'

KUCHING: Bukan satu, tetapi dua kali letupan berlaku menggegarkan pusat beli-belah CityONE Megamall, di sini petang tadi.

Ini dinyatakan seorang saksi kejadian yang juga kakitangan penyelenggaraan pusat beli-belah itu ketika kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang.

“Berlaku dentuman kuat sebanyak dua kali disusuli rasa bergegar dan bahang panas sehingga dapat dirasakan di tempat saya bertugas di tingkat satu.

“Impak letupan cukup kuat dan dapat dirasakan sehingga menjangkau jarak 100 meter dari lokasi kejadian yang berada di tingkat bawah,” katanya.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi selepas dinding restoran berkenaan runtuh dan menghempap beberapa pekerja kontraktor.

Salah seorang mangsa yang cedera dibawa keluar oleh anggota bomba dan orang ramai selepas letupan kuat di pusat beli belah CityONE Megamall, di Jalan Song pada jam 3.30 petang tadi. Setakat 6 petang tadi tiga maut, 25 orang cedera manakala tujuh kritikal. - Foto BERNAMA
Salah seorang mangsa yang cedera dibawa keluar oleh anggota bomba dan orang ramai selepas letupan kuat di pusat beli belah CityONE Megamall, di Jalan Song pada jam 3.30 petang tadi. Setakat 6 petang tadi tiga maut, 25 orang cedera manakala tujuh kritikal. - Foto BERNAMA

“Ketika kejadian, pusat beli-belah ini agak sibuk dan dipenuhi pengunjung. Saya terdengar jeritan kesakitan, tangisan dan meminta pertolongan.

“Suasana tidak ubah seperti ‘zon perang’, dengan kelihatan beberapa mangsa bergelimpangan menahan kesakitan, selain melecur,” katanya.

Ketika kejadian, saksi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, namun memberanikan diri membantu menyelamatkan beberapa mangsa dengan membawa mereka keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

“Kemudian, barulah saya dimaklumkan oleh rakan setugas bahawa berlaku kejadian letupan gas di sebuah restoran yang sedang diubahsuai di tingkat bawah.

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika beberapa pekerja sedang menguji peralatan dapur di restoran berkenaan sebelum gas tiba-tiba meletup sehingga meranapkan keseluruhan premis itu dan premis bersebelahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung kompleks berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Johny Ting, 66, berkata, beliau bernasib baik kerana kejadian itu berlaku hanya beberapa meter daripadanya.

“Ketika itu saya berada di atas tangga bersebelahan restoran berkenaan. Letupan itu cukup kuat sehingga saya boleh nampak dengan jelas serpihan dinding berterbangan.

“Saya tergamam seketika apabila melihat ramai yang terbaring di depan restoran yang runtuh itu,” katanya.

Berita Harian X