Selasa, 4 Disember 2018 | 5:13pm
KEADAAN ruang dalaman CityONE Megamall yang rosak susulan kejadian letupan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi. - Foto NSTP

18 cedera letupan di CityONE Megamall

KUCHING: Sekurang-kurangnya 18 mangsa cedera dalam insiden letupan di CityONE Megamall, di sini, jam 3.30 petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, letupan di pusat beli-belah itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian turut berada di lokasi letupan gas di CityONE Megamall, Kuching bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto Mohd Roji Abdullah

Berita Harian X