Selasa, 4 Disember 2018 | 4:26pm
KEADAAN ruang dalaman CityONE Megamall yang rosak susulan kejadian letupan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi. - Foto NSTP
KEADAAN ruang dalaman CityONE Megamall yang rosak susulan kejadian letupan yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang tadi. - Foto NSTP

Seorang cedera letupan di CityONE Megamall

KUCHING: Seorang pekerja cedera dalam kejadian letupan dari sebuah premis perniagaan dalam CityONE Megamall, di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Difahamkan, premis perniagaan terbabit dalam proses pengubahsuaian ketika kejadian berlaku.

Kejadian turut menyebabkan beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan.

Berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), letupan berlaku berikutan kebocoran pada saluran gas.

MANGSA letupan di CityONE Megamall diselamatkan dan diibawa keluar oleh pasukan bomba.- Foto Mohd Roji Kawi
MANGSA letupan di CityONE Megamall diselamatkan dan diibawa keluar oleh pasukan bomba.- Foto Mohd Roji Kawi

MANGSA letupan di CityONE Megamall dibawa keluar dari runtuhan.- Foto Mohd Roji Kawi
MANGSA letupan di CityONE Megamall dibawa keluar dari runtuhan.- Foto Mohd Roji Kawi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X