X
Isnin, 5 November 2018 | 10:57am

Lelaki maut dibunuh

AMPANG: Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai dibunuh di sebuah flat di Taman Mastika, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 pagi tadi.

"Saya sahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Berita Harian X