Ahad, 28 Oktober 2018 | 10:14pm
SUAMI yang disyaki menetak isterinya hingga mati disebabkan terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain. - Ihsan PDRM

Tetak isteri hingga mati selepas dituduh ada perempuan lain

KINABATANGAN: Seorang suami yang disyaki menetak isterinya hingga mati dalam kejadian di Ladang Pintasan, di sini, semalam dikatakan berbuat demikian disebabkan terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain.

Menurut sumber, suspek tidak dapat mengawal marah hingga hilang pertimbangan dan bertindak menetak isterinya apabila ditanya mengenai perkara itu.

“Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kinabatangan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata kes itu selesai selepas suspek berjaya ditahan jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Harian X