X
Ahad, 14 Oktober 2018 | 11:07pm
ANGGOTA bomba dalam operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di Gunung Irau. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA bomba dalam operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di Gunung Irau. - Foto ihsan Bomba

Lapan pendaki terkandas di Gunung Irau

KUANTAN: Sekumpulan lapan pendaki terdiri daripada lima wanita dan tiga lelaki terkandas ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Irau di Cameron Highlands, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu berlaku apabila ada dalam kalangan anggota kumpulan itu mengalami kecederaan menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk mencari jalan keluar berikutan keadaan semakin gelap.

“Ekoran itu satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.55 petang.

“Ia disertai empat pegawai dan lapan anggota dan dilaporkan telah sampai pada jam 9.17 malam tadi,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka kini dalam perjalanan turun, bagaimanapun maklumat berkenaan keadaan mangsa masih belum diperoleh berikutan masalah komunikasi.

Gunung Irau adalah puncak tertinggi di Cameron Highlands dengan ketinggian 2,110 meter dan suhu boleh mencecah antara 13 hingga 17 darjah Celcius. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X