Ahad, 14 Oktober 2018 | 12:44pm
KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 8895, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Bukit Bauk, pagi ini. - Foto Rosli Ilham

Penguasa Kastam maut di Bukit Bauk

DUNGUN: Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 8895, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Bukit Bauk, pagi ini.

Dalam nahas kira-kira jam 7 pagi itu, Roslaili@Rosli Yusof, 42, tercampak keluar daripada kenderaan PROTON Wira Aeroback yang dipandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Dungun dipercayai terbabas selepas melalui satu selekoh di situ.

Berikutan itu, kereta mangsa dikatakan bergolek beberapa kali menyebabkan mangsa tercampak keluar lalu terhumban ke dalam gaung.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai Penguasa Kastam di Kemaman dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Pejabat Kastam Kuala Terengganu.

“Kemalangan menyebabkan mangsa tercampak keluar dan terhimpit di bawah kenderaannya. Polis terpaksa memanggil bomba bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X