Isnin, 27 Ogos 2018 | 11:29am
KEADAAN sebuah bas ekspress selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler mengakibatkan seorang penumpang maut manakala 19 lagi cedera dalam kejadian di Kilometer 214 PLUS arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan Polis
KEADAAN sebuah bas ekspress selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler mengakibatkan seorang penumpang maut manakala 19 lagi cedera dalam kejadian di Kilometer 214 PLUS arah selatan, awal pagi tadi. - Foto ihsan Polis

1 maut, 20 cedera bas ekspres rempuh treler

ALOR GAJAH: Seorang penumpang maut, manakala 20 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah treler di Kilometer 214, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 2 pagi itu, seorang penumpang lelaki berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata siasatan awal mendapati bas ekspres membawa seramai 20 penumpang itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Cheras, Kuala Lumpur ke Stesen Bas Larkin, Johor.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, bas dipandu lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang treler berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, seorang penumpang bas maut di tempat kejadian, manakala 20 lagi cedera, termasuk pemandu treler.

“Pemandu treler terbabit kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa pula dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X