Ahad, 26 Ogos 2018 | 11:45am
MAYAT lelaki dengan tangan terikat ditemui di tepi Sungai Klang, dekat Kampung Semarak, PJS3, Petaling Jaya, pagi tadi.
MAYAT lelaki dengan tangan terikat ditemui di tepi Sungai Klang, dekat Kampung Semarak, PJS3, Petaling Jaya, pagi tadi.
MAYAT lelaki dengan tangan terikat ditemui di tepi Sungai Klang, dekat Kampung Semarak, PJS3, Petaling Jaya, pagi tadi.

Mayat reput dengan tangan terikat ditemui

PETALING JAYA: Seorang pemancing yang menemui mayat lelaki dengan keadaan kaki dan tangan terikat dekat tepi Sungai Klang, Kampung Semarak, PJ3, di sini, pada mulanya menyangka objek terapung itu patung.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Razali Mohd Zain, 59, terkejut apabila mendapati 'patung' berkenaan sebenarnya mayat manusia.

Mohd Razali berkata, ketika kejadian dia bersama tiga anak lelakinya ke lokasi berkenaan, berhampiran sebuah hindu untuk memancing.

"Saya turun ke sini kira-kira jam 8 pagi untuk memancing. Tidak lama kemudian, tali pancing saya tersangkut pada plastik yang hanyut sebelum turun ke gigi air untuk melepaskan tali dan ternampak objek seperti patung.

"Saya menghampiri patung itu, namun mendapati ia sebenarnya mayat seorang lelaki dengan kaki dan tangan terikat dalam keadaan tertiarap," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Mohd Razali yang sering memancing di lokasi berkenaan berkata, dia tidak menghidu apa-apa bau busuk di lokasi kejadian sebelum menemuinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati mayat berkenaan diikat dengan batu konkrit dengan berat dianggarkan 15 kilogram pada bahagian perut.

"Justeru, pihak kami mengandaikan dua kemungkinan sama ada mayat di buang di lokasi lain sebelum hanyut ke sini, atau memang dibuang di lokasi ini kerana badannya diikat dengan batu yang menyukarkannya untuk hanyut.

"Ketika ini pihak kami belum dapat mengenalpasti identiti mangsa selain keadaan mayat yang sudah meremput dipercayai sudah dibunuh dan dibuang ke sungai sejak tiga ke empat hari lalu.

"Mayat juga ditemui lengkap berpakaian, tanpa dokumen, selain kaki dan tangan terikat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Pihak polis juga akan menyemak senarai hilang sama ada berkait dengan mangsa. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kecederaan lain.

Berita Harian X