Sabtu, 18 Ogos 2018 | 3:21pm
RAWANG 18 OGOS 2018. Kebakaran bermula dibahagian dapur restoran berkenaan. Kejadian berlaku di Jalan Simpang Sungai Choh, Rawang.
RAWANG 18 OGOS 2018. Kebakaran bermula dibahagian dapur restoran berkenaan. Kejadian berlaku di Jalan Simpang Sungai Choh, Rawang.

Pekerja restoran melecur api sambar tong gas

BUKIT BERUNTUNG: Dua pekerja melecur pada tangan selepas bahagian dapur sebuah restoran di Jalan Simpang Sungai Choh, terbakar, lewat malam tadi.

Kejadian jam 11.15 malam itu dipercayai berpunca daripada kebocoran tong gas di bahagian dapur restoran berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan awal 30-an cuba mengalihkan tong gas itu sebelum ia tiba-tiba terbakar menyebabkan bahagian dapur terbakar.

Bagaimanapun, api dapat dikawal oleh bomba yang tiba sejurus kemudian.

Mangsa turut diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi, Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata sepasukan 13 anggota bersama sebuah jentera dan ambulans dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 11.30 malam.

“Kebakaran membabitkan bahagian dalam kedai makan berkeluasan 20 x 30 kaki persegi disebabkan kebocoran gas memasak dan hanya 30 peratus terbakar,” katanya.

Berita Harian X