Khamis, 16 Ogos 2018 | 8:36am
SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni belakang tingkat lima kediamannya di kuarters Pangkalan TUDM, Shah Alam.
SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni belakang tingkat lima kediamannya di kuarters Pangkalan TUDM, Shah Alam.

Kanak-kanak maut terjatuh dari balkoni rumah

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni belakang tingkat lima kediamannya di kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Badrul Amin Abdul Rahman, 11, dikatakan ingin mengambil pakaian di ampaian rumah berkenaan.

"Berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian, mangsa duduk di atas tembok belakang rumah sambil tangannya mencapai pakaian yang disidai di ampaian.

"Bagaimanapun, dawai ampaian itu terputus dan menyebabkan mangsa terjatuh," katanya kepada NSTP.

Baharudin berkata, bapa mangsa kemudian membawa kanak-kanak itu ke Rumah Sakit Angkatan Tentera sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam pada jam 8.50 malam.

"Kanak-kanak itu menghadapi kecederaan serius di kepala dan ditempatkan di Zon Merah hospital berkenaan.

"Doktor kemudian mengesahkan kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti laporan polis oleh keluarga mangsa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X