Isnin, 6 Ogos 2018 | 11:57am
PASUKAN mencari dan menyelamat membawa mayat Rahzi Razak yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM. - Foto Rosli Ilham
PASUKAN mencari dan menyelamat membawa mayat Rahzi Razak yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM. - Foto Rosli Ilham

TERKINI: Mayat lelaki jatuh bot ditemui

DUNGUN: Mayat pemuda yang terjatuh dari bot nelayan di Jeti Pendaratan Ikan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), malam tadi ditemui pagi ini.

Jenazah Rhazi Razak, 32, dari Kampung Teluk Bidara Seberang Pintasan ditemui timbul di permukaan air, kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian seluar denim berbaju T putih ditemui jam 8.45 pagi ini oleh sebuah bot pukat tunda yang dalam perjalanan keluar menangkap ikan.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, seramai 50 anggota Polis bersama Bomba, Angkatan Pertahanan Awam APM dan penduduk kampung menyambung operasi mencari dan menyelamat awal pagi ini.

MAYAT Rahzi Razak yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM. - Foto Rosli Ilham
MAYAT Rahzi Razak yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM. - Foto Rosli Ilham

Menurutnya, sebuah bot pukat tunda menemui mayat mangsa dan nelayan terbabit segera memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.

"Pasukan mencari dan menyelamat segera ke lokasi kejadian sebelum mengangkat mayat mangsa dan dibawa naik ke jeti Kompleks LKIM Dungun.

Berita Harian X