Sabtu, 28 Julai 2018 | 1:35pm
KEADAAN kereta seorang lelaki yang maut selepas kenderaan dipandunya melanggar tiang lampu di bulatan Medan Universiti. - Foto Ihsan Polis
KEADAAN kereta seorang lelaki yang maut selepas kenderaan dipandunya melanggar tiang lampu di bulatan Medan Universiti. - Foto Ihsan Polis

Ajal rempuh tiang lampu

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya melanggar tiang lampu di bulatan Medan Universiti, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Radiman Junaidi, 46, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguakuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian pada jam 7.50 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Baru, di sini menghala Kuching.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, kereta jenis Nissan Xtrail itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terlanggar tiang lampu.

"Kes itu masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.

Berita Harian X