Selasa, 24 Julai 2018 | 8:17am
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk yang membabitkan seorang wanita warga emas rentung. - Foto ihsan bomba
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk yang membabitkan seorang wanita warga emas rentung. - Foto ihsan bomba

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran

KUALA KANGSAR: Seorang wanita berusia 74 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abdul Sattar, berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 malam mengenai kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di kampung berkenaan.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar sebahagian besar rumah terbabit.

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah yang membabitkan wanita warga emas maut di Kampung Sauk. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah yang membabitkan wanita warga emas maut di Kampung Sauk. - Foto ihsan bomba

"Pada awalnya anggota bomba tidak mengetahui terdapat mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan sehingga dimaklumkan seorang jiran. Anggota daripada BBP Kuala Kangsar dibantu BBP Lenggong bertindak melakukan operasi pemadaman.

"Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menggeledah seluruh bahagian rumah menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di bawah runtuhan bumbung di bahagian ruang tamu tingkat bawah rumah terbabit," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Mohd Taufiq berkata, anggota bomba berjaya membawa keluar mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk yang membabitkan seorang wanita warga emas rentung. - Foto ihsan bomba
Kebakaran sebuah rumah di Kampung Sauk yang membabitkan seorang wanita warga emas rentung. - Foto ihsan bomba

Katanya, jiran mangsa juga langsung tidak mendengar jeritan meminta tolong dan hanya menyedari rumah berkenaan terbakar apabila hendak keluar dari rumah.

Katanya, anggota bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos 91 meter dengan dua pancutan bersumberkan air dari pili bomba berdekatan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.11 pagi tadi," katanya.

Berita Harian X