Isnin, 23 April 2018 | 9:25am
KAKITANGAN TNB mengalih buluh yang digunakan mangsa untuk memasang bendera parti di tempat kejadian. - Foto Ihsan Pembaca
KAKITANGAN TNB mengalih buluh yang digunakan mangsa untuk memasang bendera parti di tempat kejadian. - Foto Ihsan Pembaca
KEJADIAN empat lelaki yang terkena renjatann elektrik ketika cuba memasang bendera parti politik berhampiran talian elektrik bervoltan tinggi di Kampung Parit Yusof, Muar tular di media sosial. - Foto Ihsan Pembaca

4 pemasang bendera parti terkena renjatan

MUAR: Tindakan sekumpulan 10 lelaki memasang bendera parti politik berhampiran dengan talian elektrik bervoltan tinggi di Kampung Parit Yusof, dekat sini membawa padah apabila empat daripada mereka terkena renjatan elektrik.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 awal pagi semalam itu, kumpulan lelaki berkenaan dikatakan cuba memacak buluh untuk dipasang dengan bendera parti politik.

Difahamkan, ketika empat mangsa terbabit dipercayai sedang cuba mengangkat buluh terbabit, secara tiba-tiba berlaku renjatan menyebabkan mereka terpelanting.

MANGSA renjatan. - Foto Ihsan Pembaca
MANGSA renjatan. - Foto Ihsan Pembaca

KESAN tapak tangan mangsa jelas kelihatan pada buluh selepas terkena renjatan elektrik. - Foto Ihsan Pembaca
KESAN tapak tangan mangsa jelas kelihatan pada buluh selepas terkena renjatan elektrik. - Foto Ihsan Pembaca

Seorang lelaki dilaporkan parah apabila patah tulang rusuk manakala tiga yang lain cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, ketika dihubungi, mengesahkan baru menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan pihaknya masih melakukan siasatan.

Sebelum ini, TNB dalam satu kenyataan media menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) supaya tidak memasang bahan kempen di tempat berisiko terkena renjatan seperti menggantung bendera dan sepanduk di tiang, kabel, peti pembekal dan pencawang elektrik lain.

Berita Harian X