Ahad, 11 March 2018 | 2:00pm
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.
ANTARA haiwan dilindungi yang dijumpai.

PERHILITAN selamatkan hidupan liar dilindungi

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) Perak berjaya membanteras cubaan seorang lelaki menjual haiwan yang dilindungi kepada sindiket secara haram.

Suspek berusia 40-an itu ditahan sepasukan anggota PERHILITAN Perak di rumahnya di Sungkai semalam kerana menyorok landak raya dan burung helang di belakang rumahnya.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, berkata kegiatan lelaki itu terbongkar selepas kediamannya diperiksa anggota PERHILITAN susulan maklumat yang diperoleh.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui sangkar besar di belakang kediaman milik lelaki berkenaan, di mana dua ekor helang dan enam ekor landak raya ditemui disorokkan di sangkar itu.

"Lelaki itu gagal memberi alasan munasabah terhadap tindakannya menyimpan haiwan liar dilindungi itu," katanya yang turut percaya haiwan liar terbabit mahu dijual kepada pengusaha restoran makanan eksotik dan sindiket menjual hidupan liar.

Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah tetapi dibebaskan dengan jaminan.

"Semua hidupan liar yang dirampas kemudian dibawa ke pejabat PERHILITAN untuk tindakan lanjut manakala suspek akan diambil tindakan mengikut Seksyen 68(2)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Berita Harian X