Sabtu, 3 March 2018 | 1:27pm
Orang ramai melihat kemalangan membabitkan seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah van kejadian berdekatan pintu belakang Istana Negeri, Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, malam tadi. - Foto ihsan Pembaca

Warga emas maut kemalangan

KOTA BHARU: Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah van berdekatan pintu belakang Istana Negeri, Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, mangsa, Ibrahim Mahamud, 71, yang menunggang motosikal Honda C70 parah di bahagian badan dan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dari arah Wakaf Stan menghala ke Kubang Kerian dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan berhenti di tengah garisan putih untuk masuk ke simpang kanan.

Orang ramai melihat kemalangan membabitkan seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah van kejadian berdekatan pintu belakang Istana Negeri, Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, malam tadi. - Foto ihsan Pembaca
Orang ramai melihat kemalangan membabitkan seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah van kejadian berdekatan pintu belakang Istana Negeri, Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, malam tadi. - Foto ihsan Pembaca

Bagaimanapun, katanya, secara tiba-tiba, sebuah van dipandu lelaki berusia 65 tahun dari arah sama melanggar belakang motosikal mangsa.

"Akibatnya, mangsa melambung dan tercampak di tengah jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di bahagian badan.

"Pemandu van tidak mengalami kecederaan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke HUSM untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Berita Harian X