Isnin, 8 Januari 2018 | 4:43pm
ANTARA remaja yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan basikal lajak dalam serbuan di Kajang, semalam. - Foto Ihsan PDRM

Geng 'basikal lajak' Kajang kena cekup

KAJANG: Polis menahan 11 remaja berusia 11 hingga 16 tahun, selepas disyaki terbabit dengan kegiatan menunggang basikal yang diubahsuai secara berbahaya sekitar Taman Semenyih Mewah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan ada beberapa remaja yang terbabit dalam kegiatan basikal lajak di kawasan berkenaan.

"Sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi, menahan 11 remaja serta merampas basikal masing-masing yang sudah diubahsuai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya mengeluarkan 11 saman mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Katanya, tangkapan dan sitaan basikal pula dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Berita Harian X