Khamis, 7 Disember 2017 | 9:55am
EMPAT nelayan yang ditahan penguatkuasa Maritim Malaysia. - Foto ihsan Maritim Malaysia
EMPAT nelayan yang ditahan penguatkuasa Maritim Malaysia. - Foto ihsan Maritim Malaysia
BOT pukat rawa sorong yang yang ditahan Maritim Malaysia di satu batu nautika dari selatan Pulau Pasir Hitam berhampiran Bangan Panchor di Pantai Remis. - Foto ihsan Maritim Malaysia
BOT pukat rawa sorong yang yang ditahan Maritim Malaysia di satu batu nautika dari selatan Pulau Pasir Hitam berhampiran Bangan Panchor di Pantai Remis. - Foto ihsan Maritim Malaysia

Maritim Malaysia tahan tekong dan awak-awak

LUMUT: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), menahan dua bot pukat rawa sorong bersama dua tekong dan dua awak-awak di 1.85 kilometer dari selatan Pulau Pasir Hitam berhampiran Bangan Panchor, Pantai Remis, Manjung, semalam.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, dua bot itu ditahan secara berasingan di lokasi berkenaan.

Maritim Malaysia Daerah Maritim 3 (DM3) Lumut dalam kenyataannya berkata, bot itu ditahan sepasukan anggota Bot Petir 80 yang membuat rondaan dan penguatkuasaan di perairan berkenaan.

Katanya, ketika ditahan nelayan dipercayai sedang menangkap ikan dan pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tidak ada nombor pendaftaran.

"Bot berkenaan juga tidak ada lesen menangkap ikan yang sah.

"Dua tekong dan dua awak-awak warga tempatan berusia 14 hingga 23 tahun, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985," katanya. 

Dalam operasi berasingan DM3 Lumut melalui Kapal Maritim Tugau turut menahan empat nelayan tempatan, di dua batu nautika dari timur laut Pulau Pangkor.

Katanya, ujian air kencing dipercayai keempat-empat mereka dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X