Isnin, 16 Oktober 2017 | 9:12pm
Gambar kononnya bumbung pintu utama kompleks beli-belah 1Borneo runtuh yang viral di laman sosial. - Foto ihsan Pembaca
Gambar kononnya bumbung pintu utama kompleks beli-belah 1Borneo runtuh yang viral di laman sosial. - Foto ihsan Pembaca

Viral bumbung kompleks beli-belah runtuh palsu

KOTA KINABALU: Viral kononnya bumbung di pintu utama kompleks beli-belah 1Borneo di sini runtuh dan menghempap kenderaan akibat angin kencang dan hujan lebat petang tadi, tidak benar.

Insiden itu dinafikan polis dan bomba selepas sekeping gambar kononnya mengenai kejadian berkenaan viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata gambar runtuhan bumbung pusat beli-belah itu seperti tersebar di media sosial adalah palsu.

Gambar terbaharu menunjukkan keadaan sebenar di kompleks beli-belah 1Borneo - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu
Gambar terbaharu menunjukkan keadaan sebenar di kompleks beli-belah 1Borneo - Foto ihsan IPD Kota Kinabalu

Katanya, polis sudah memeriksa kawasan terbabit dan tidak berlaku insiden seperti tersebar di laman sosial.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Berita Harian X