Ahad, 8 Oktober 2017 | 4:14pm
PEGAWAI dan anggota AADK menjalankan pemeriksaan dan ujian saringan air kencing ketika operasi bersepadu di pusat hiburan di Tawau. - Foto ihsan AADK Tawau

AADK tahan 62 penagih

TAWAU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau menahan 62 individu disyaki penagih dadah dalam pemeriksaan ke dua pusat hiburan di sini, awal pagi ini.

Pegawai AADK Tawau, Abd Ghani Keruput, berkata suspek berusia 18 hingga 46 tahun ditahan di pusat hiburan di Batu 3 Jalan Apas dan Batu 1 Jalan Kuhara, antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi ini.

Beliau berkata, seramai 113 individu diperiksa dan menjalani saringan awal air kencing sebelum 56 lelaki dan enam wanita didapati positif dadah, disyaki syabu, ketamin dan ganja.

"Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu turut disertai anggota Jabatan Imigresen serta Jabatan Kastam dan Diraja Malaysia (JKDM) dan Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Tawau, Tan Sri Liew Yun Fah.

Sementara itu, Yun Fah berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Ops Bersepadu AADK itu.

"Saya selalu menerima maklumat, kononnya operasi yang sering dijalankan tidak mengikut SOP, tetapi dalam operasi ini saya berpuas hati," katanya.

Beliau juga merayu supaya pihak berkuasa tempatan mengkaji semula pengeluaran lesen operasi pusat hiburan, khususnya yang dikhuatiri dijadikan tempat menjual dan membeli dadah.

Berita Harian X