Ahad, 8 Oktober 2017 | 12:59pm
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan seorang pemandu teksi disyaki melakukan pemerasan terhadap penumpangnya pada bulan lalu. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan seorang pemandu teksi disyaki melakukan pemerasan terhadap penumpangnya pada bulan lalu. - Gambar hiasan

Pemandu teksi peras penumpang ditahan SPAD

 

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap penumpangnya pada bulan lalu.

 

SPAD dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki terbabit berjaya ditahan Khamis lalu selepas kejadian terbabit dilaporkan kepada polis pada 18 September.

 

"Kita sudah mengarahkan pemandu dan pengendali yang terbabit untuk memberi keterangan di Pejabat SPAD. Pada masa sama, teksi suspek turut disita bagi membantu siasatan," katanya.

 

SPAD memaklumkan, pemandu terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

 

Sekiranya didapati bersalah, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Pengendali teksi terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 22 akta sama. Jika didapati bersalah, boleh didenda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Katanya, kenderaan yang disita boleh dilucutkan hak mengikut Seksyen 80, akta sama.

Berita Harian X