Ahad, 10 September 2017 | 2:55pm
Anggota bomba menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran di Pasar Besar Seremban. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
Anggota bomba menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran di Pasar Besar Seremban. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
SALAH seorang pengunjung melihat keadaan Pasar Besar Seremban. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
SALAH seorang pengunjung melihat keadaan Pasar Besar Seremban. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
SUASANA di Pasar Besar Seremban yang terbakar ditingkat atas semalam. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
SUASANA di Pasar Besar Seremban yang terbakar ditingkat atas semalam. - Foto Khairul Najib Asarulah Khan.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api Pasar Besar Seremban di Jalan Tun Dr Ismail terbakar dalam kejadian kira kira 8 malam semalam. - Foto Hasriyasyah Sabudin

PASAR Besar Seremban di Jalan Tun Dr Ismail terbakar dalam kejadian kira kira 8 malam semalam. - Foto Hasriyasyah Sabudin
PASAR Besar Seremban di Jalan Tun Dr Ismail terbakar dalam kejadian kira kira 8 malam semalam. - Foto Hasriyasyah Sabudin
SEORANG peniaga sempat menyelamatkan barangnya dari hangus terbakar di Pasar Besar Seremban. - Foto BERNAMA
SEORANG peniaga sempat menyelamatkan barangnya dari hangus terbakar di Pasar Besar Seremban. - Foto BERNAMA

Peniaga kerugian, hilang pendapatan

SEREMBAN: Seorang peniaga tidak menyangka kebakaran di Pasar Besar Seremban di sini, begitu teruk hingga menyebabkan dia kerugian lebih RM25,000 apabila semua stok pakaiannya musnah.

Bariah Abdul Majid, 53, yang berniaga di pasar itu sejak 15 tahun lalu berkata, selepas mengetahui mengenai kejadian itu dia meminta pekerjanya segera ke pasar untuk menyelamatkan barang.

Dia yang tinggal di Taman Coral Heights, Sikamat, berkata bagaimanapun sebaik tiba pada jam 8 malam, dia hanya mampu melihat api marak membakar kedai miliknya.

"Bulan lepas empat unit kedai makan milik suami di bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) terbakar.

"Semalam kedai pakaian milik saya pula terbakar, tetapi saya reda walaupun alami kerugian besar dan kini hilang punca pendapatan," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini.

Seorang tukang jahit dan peniaga kain sejak 41 tahun lalu, Chong Seong Sin, 73, berkata ini kali kedua dua unit kedainya di pasar itu terbakar, dengan kejadian kali pertama pada tahun 1986.

"Tetapi kebakaran masa itu tidak teruk berbanding semalam. Saya mengalami kerugian lebih RM150,000 apabila semua kain termasuk langsir dan pakaian ditempah pelanggan musnah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon, berkata beliau sudah meminta Koperasi Jayadiri Bhd (KOJADI) milik parti itu, menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada peniaga yang terjejas dalam kejadian itu.

Katanya, ketika ini peniaga yang mendapatkan pinjaman menerusi koperasi itu, dikenakan kadar faedah sebanyak 4 peratus.

"Saya sudah berbincang isu ini dengan ibu pejabat MCA dan berharap mereka setuju. Selain itu, saya juga sudah meminta bantuan pihak itu untuk memberi bantuan secara tunai kepada peniaga yang terbabit," katanya.

Sementara itu katanya, Majlis Perbandaran Seremban bersetuju memasang khemah di kawasan tempat letak kereta pasar itu, untuk dijadikan gerai sementara kepada peniaga.

Berita Harian X