Ahad, 10 September 2017 | 7:56am
ELYSA Kahema Irwanto diminta tampil ke Mahkamah Ampang pada 18 September ini untuk memberi keterangan berhubung kes dadah.
ELYSA Kahema Irwanto diminta tampil ke Mahkamah Ampang pada 18 September ini untuk memberi keterangan berhubung kes dadah.

Polis cari saksi kes dadah

AMPANG JAYA: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang mengesan seorang wanita untuk menjadi saksi satu kes berkaitan dadah di Mahkamah Ampang, dekat sini.

Wanita yang dicari itu dikenali sebagai Elysa Kahema Irwanto, 22, dan beralamat terakhir di 4-10 Blok K, Flat Kemboja, Jalan Indah 4, 68000 Ampang, Selangor.

Saksi terbabit dikehendaki hadir pada 18 September ini untuk memberi keterangan berhubung kes dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhammad Azri Mohd Thamby di talian 012-2346372.

Berita Harian X