Sabtu, 9 September 2017 | 11:20pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api Pasar Besar Seremban di Jalan Tun Dr Ismail terbakar dalam kejadian kira kira 8 malam. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Letupan kuat, bergegar sebelum pasar terbakar

SEREMBAN: Bunyi letupan yang kuat dan gegaran dirasai pekerja Pasar Besar Seremban, di sini sebelum api yang marak menjilat bahagian atas pasar itu dalam kebakaran kira-kira jam 7.30 malam ini.

Seorang pekerja pasar, Chua Bo Ching, 49, berkata sebelum kejadian dia berada di tingkat bawah menjalankan kerjanya seperti biasa iaitu menimbang stok sayur dari lori dan secara tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan terasa ada gegaran di tempat dia berdiri.

"Kebakaran berlaku selepas bunyi letupan itu dan peniaga di sebelah kedai saya mengetuk zink memanggil saya dan beritahu bahawa pasar sudah terbakar.

"Kemudian saya pandang ke atas dan melihat tingkat atas pasar sudah terbakar, saya dan rakan-rakan lain berlari menyelamatkan diri, ...beberapa minit kemudian pihak bomba sampai," katanya kepada BERNAMA.

Peniaga di tingkat bawah, Lee Kian Mun, 44, pula berkata kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian medan selera tingkat atas bangunan pasar itu dan api merebak dengan cepat sehingga satu tingkat dijilat api.

"Saya tidak sangka api merebak sangat cepat kerana kawasan pengudaraannya terbuka dan lebih saya kesian apabila kedai kawan-kawan saya yang menjual baju, seluar, beg dan beberapa peralatan lain juga telah musnah terbakar," katanya.

Pasar Besar Seremban mempunyai dua tingkat yang mana tingkat bawah menjual barang basah manakala tingkat atas antaranya terdapat medan selera, kedai menjual pakaian dan buah-buahan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban, dalam satu kenyataan berkata hingga jam 9.40 malam, bomba masih menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran dan jumlah mangsa juga belum diketahui.

"Kebakaran membabitkan bahagian atas pasar berkeluasan 200 kaki x 600 kaki (60.96m x 182.88m) dan hingga jam 8.20 (malam), kebakaran sudah memusnahkan 80 peratus daripada bahagian atas pasar itu," katanya.

- BERNAMA

Berita Harian X