Isnin, 24 Julai 2017 | 7:52pm
THAWP menerima 16 jahitan di kepala selepas ditetak dengan pisau pemotong daging dalam pergaduhan dengan rakan di atas bot pukat jerut, awal pagi tadi.
THAWP menerima 16 jahitan di kepala selepas ditetak dengan pisau pemotong daging dalam pergaduhan dengan rakan di atas bot pukat jerut, awal pagi tadi.

Parah ditetak pisau potong daging

ALOR SETAR: Seorang nelayan warga Thailand parah ditetak dengan pisau pemotong daging dalam pergaduhan dengan rakan di atas bot pukat jerut, awal pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Thawp, 53, terpaksa menerima 16 jahitan di kepala.

Pergaduhan berlaku ketika bot yang membawa 23 awak-awak dan tekong berada di kedudukan kira-kira lima batu nautika dari perairan Kuala Kedah, di sini.

Pemilik bot, Lim Kwang Joo, 45, mengesahkan kejadian menimpa seorang awak-awak kapal miliknya itu.

"Ketika kejadian, saya tiada atas kapal dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan tekong bot kira-kira jam 2 pagi.

"Thawp sudah lebih 10 tahun bekerja dengan saya sebagai nelayan. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia bergaduh dengan seorang lagi awak-awak dan tekong juga tidak memaklumkan sebabnya.

"Tekong itu cuma minta saya hubungi ambulans dan polis supaya bersedia di jeti kerana Thawp parah ditetak ketika bergaduh," katanya ditemui di Jeti Seberang Kota, di sini.

Kwang Joo berkata, itu kali pertama kejadian nelayan warga asingnya bergaduh dan mangsa yang tiba di jeti kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, untuk rawatan.

"Saya difahamkan Thawp perlu menjalani pembedahan kerana bahagian tempurung kepalanya cedera dan terkena pada otaknya," katanya.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor, mengesahkan laporan dibuat kepada polis, namun kes diserahkan kepada pihaknya untuk siasatan lanjut.

"Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana menunggu laporan lanjut kes ini, termasuk soal siasat terhadap suspek.

"Siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut, termasuk motif kejadian," katanya.

LOKASI kejadian pergaduhan seorang nelayan warga Thailand parah ditetak dengan pisau pemotong daging dalam pergaduhan dengan rakan di atas bot pukat jerut, awal pagi tadi.
LOKASI kejadian pergaduhan seorang nelayan warga Thailand parah ditetak dengan pisau pemotong daging dalam pergaduhan dengan rakan di atas bot pukat jerut, awal pagi tadi.

Berita Harian X